Khamis, 24 September 2020
AM
16/09/2020 05:40 PM

JAKARTA, 16 Sept  -- Indonesia mencatatkan 3,963 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 228,993 manakala 100,236 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 135 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,100 orang.

Provinsi Jakarta, yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 57,469 kes, dengan tambahan 1,294 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,867 orang, diikuti Jakarta (1,481), Jawa Tengah (1,179), Kalimantan Selatan (392), Sulawesi Selatan (386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan