Selasa, 29 September 2020
AM
16/09/2020 05:52 PM

JOHOR BAHRU, 16 Sept -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah restoran yang menghidang dan menjual daging haiwan eksotik tanpa permit, di Jalan Tanjung Masai di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata serbuan pada 1 tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan Pasukan Gerakan Am Batalion 3.

“Dalam serbuan itu, sebanyak tujuh plastik disyaki daging biawak air dan dua bekas plastik dipercayai daging babi hutan yang disimpan dalam sebuah peti sejuk beku berjaya ditemukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Salman berkata, daging haiwan berkenaan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan restoran terbabit untuk menikmati daging haiwan eksotik berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pemilik premis berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen atau lesen sah dari Perhilitan untuk menyimpan daging haiwan berkenaan.

Seorang pekerja restoran berkenaan yang merupakan lelaki warga India juga didapati memiliki dokumen perjalanan yang tamat tempoh.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengetahui sejak bila kedai berkenaan telah menghidangkan menu eksotik itu dan dari mana bekalan diperoleh,” katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan di IPD Seri Alam mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (716) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah memiliki bahagian hidupan liar.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan