Isnin, 10 Ogos 2020
AM
02/08/2020 07:15 PM

SEMPORNA, 2 Ogos -- Seramai tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan selam skuba cedera dalam kejadian kebakaran sebuah bot di Dive Centre Floating, di sini, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.30 pagi dan mangsa, empat pekerja warga tempatan dan tiga pendatang tanpa izin itu, berusia 18 hingga 36 tahun.

Beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang menjalankan kerja pemindahan petrol dari tangki minyak ke dalam bekas di dalam bot sebelum berlaku letupan kecil, dipercayai bercampur dengan air, sehingga menyebabkan berlaku kebakaran.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa melecur antara lima hingga 30 peratus pada beberapa anggota badan dan kini mendapat rawatan di Hospital Tawau,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan