Jumaat, 14 Ogos 2020
01/08/2020 06:32 PM

JOHOR BAHRU, 1 Ogos -- Restoran rangkaian makanan segera tempatan, Marrybrown Malaysia, menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas memberi  lebih 10,000 kotak nasi lemak secara percuma dalam sehari di semua cawangannya di seluruh negara.

“Secara peribadi, hidangan (nasi lemak) mencerminkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia kerana setiap menu pada pinggan nasi lemak sama penting, sama seperti rakyat Malaysia berusaha untuk lebih sejahtera ketika bersatu dan hidup harmoni,” kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Joshua Liew.

“Dalam membawa sentimen ini kepada realiti, kami bangga memberi penghormatan kepada ‘Hidangan Kebanggaan Kita” dengan menjadikan 1 Ogos sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown, mulai tahun ini,” katanya kepada media selepas menerima sijil MBOR daripada Pengurus Pejabat MBOR, Lee Pooi Leng, di sini, hari ini.

Menurut Liew, sejak 39 tahun lalu, Marrybrown telah membawa sesuatu yang berbeza kepada peminatnya seperti menjadi rangkaian restoran makanan segera menyajikan nasi lemak, syarikat francais QSR pertama tempatan dan jenama QSR halal pertama tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

“Marrybrown mampu mencapai sejauh ini dengan penampilan ini hasil sokongan dan dorongan daripada pelanggan kami. Oleh itu memberikan 10,000 kotak nasi lemak khas ini adalah penghargaan yang bermakna bagi kami,”  katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan