Selasa, 04 Ogos 2020
AM
01/08/2020 04:23 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan tujuh pendatang tanpa izin warga Indonesia termasuk wanita mengandung di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Bandar Penawar, Johor, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kesemua individu berusia 20 hingga 53 tahun itu ditahan pada 4 pagi tadi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) ketika menjalankan Op Benteng.

“Anggota petugas di Pos Pemerhati, Kompeni A, 1 RRD telah mengesan bunyi bot dan melihat isyarat kelipan lampu sebanyak dua kali dari arah bot ke pantai. Kelihatan kelibat pergerakan orang keluar dari arah hutan menuju ke bot yang berada 100 meter dari pantai tersebut," 

“Tim Quick Reaction Force (QRF) membuat tangkapan terhadap lima lelaki dan dua perempuan termasuk wanita yang sedang sarat hamil dengan usia kandungan tujuh bulan, dipercayai ingin menyusup keluar dari Malaysia," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, hasil keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM15,512.50 melibatkan 15 buah telefon pintar pelbagai jenama dan wang tunai RM6,933.50 serta 6.9 Juta Rupiah (RM2,002).

Kesemua individu yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan