Jumaat, 14 Ogos 2020
AM
31/07/2020 08:21 PM

PADAWAN (Sarawak), 31 Julai  -- Penduduk berketurunan Bidayuh yang beragama Islam di Kampung Darul Islam di sini tidak ketinggalan menjalankan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II Willie Mongin yang merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo adalah antara penyumbang untuk ibadah itu dengan serahan seekor lembu kepada pengerusi jawatankuasa masjid kampung berkenaan Hussein Banyak.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Willie menyumbang untuk ibadah korban yang diharapkannya dapat membantu umat Islam di sini melaksanakan ibadah itu dengan sempurna.

Selain itu, pihak masjid kampung berkenaan turut menerima beberapa ekor lembu daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan beberapa individu.

Menurut wakil penduduk kampung berkenaan Musa Mohd Syaid, ibadah korban termasuk agihan daging dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Islam Sarawak bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan