Jumaat, 14 Ogos 2020
31/07/2020 12:17 PM

PUTRAJAYA, 31 Julai  -- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15, kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

"Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ikmalrudin berkata tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan