Khamis, 06 Ogos 2020
AM
30/07/2020 07:09 PM

PUTRAJAYA, 30 Julai -- Aplikasi Gerak Malaysia, yang dibangunkan untuk pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan yang terperinci semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditamatkan mulai esok (31 Julai).

Kenyataan bersama yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati pengguna agar memadam aplikasi itu daripada telefon bimbit masing-masing kerana tidak lagi mempunyai fungsi aktif selepas esok.

"Dengan pelaksanaan PKP Pemulihan sejak 10 Jun lepas, yang menyaksikan tiada lagi keperluan permit rentas sempadan negeri, PDRM dan SKMM memutuskan bahawa penggunaan aplikasi Gerak Malaysia tidak lagi diperlukan," menurut kenyataan itu. 

Katanya, semua data peribadi akan diserah kepada Kementerian Kesihatan dan rekod pergerakan pengguna berkaitan aplikasi Gerak Malaysia yang disimpan akan dilupuskan.

Selain membantu mengesan kontak rapat kes COVID-19, aplikasi Gerak Malaysia membolehkan PDRM menguruskan permit perjalanan rentas sempadan negeri dan memantau jumlah pergerakan dalam masa nyata. 

Menurut kenyataan itu, PDRM dan SKMM telah berjaya menguruskan pergerakan trafik dalam tempoh PKP menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

"Kerjasama antara PDRM dan SKMM telah menyumbang kepada kejayaan pelbagai operasi. Kerjasama baik ini akan diteruskan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan demi ketenteraman rakyat dan keselamatan negara," katanya.

Kenyataan itu turut menyeru orang ramai agar memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membantu pihak berkuasa mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19 secara berkesan.

"Aplikasi ini secara asasnya digunakan untuk memperkasa penduduk Malaysia melakukan penilaian kendiri, mendapat maklumat terkini tentang COVID-19, mengetahui kawasan berisiko, mendaftar diri sebelum memasuki sesuatu premis dan lain-lain lagi," katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan