Sabtu, 31 Oktober 2020
15/07/2020 10:35 PM

KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengumumkan permohonan untuk menyertai National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) MOSTI kini dibuka.

MOSTI dalam kenyataan hari ini berkata syarikat pemula teknologi boleh mula memohon melalui laman web rasmi NTIS di https://sandbox.gov.my.

Katanya empat jenis skim pembiayaan boleh didapati di bawah NTIS termasuk Single Site Sandbox yang menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak RM250,000 dalam bentuk geran sepenuhnya dan penyelesaian sandbox di lokasi tunggal.

“Kedua ialah Multi-Site Sandbox dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM500,000 dalam bentuk geran separa (70 peratus) untuk membiayai kos penyelesaian sandbox di pelbagai lokasi; ketiga ialah skim pengkomersialan dengan pembiayaan maksimum RM4 juta dalam bentuk dana hibrid, geran dan nota janji boleh ubah untuk membiayai kos pengkomersialan penyelesaian sandbox.

“Terakhir ialah Padanan Dana dengan Pelabur/Syarikat Korporat, dengan peruntukan maksimum RM15 juta sebagai dana padanan dengan pelabur dan syarikat korporat.

“Instrumen pembiayaan akan tertakluk kepada persetujuan antara MTDC (Malaysia Technology Development Corporation) serta pelabur dan syarikat korporat yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM100 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk NTIS, bagi membantu proses pendigitalan negara.

NTIS diterajui oleh MOSTI dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) sebagai sekretariat utama dibantu oleh Technology Park Malaysia (TPM), MIMOS Bhd, MTDC dan Futurise Sdn. Bhd.

-- BERNAMA 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan