Isnin, 06 Julai 2020
30/06/2020 11:43 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 1,750 keping pelitup muka tiruan dalam satu operasi di sebuah premis di Puchong, dekat sini, semalam. 

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun turut ditahan, disyaki menjual pelitup muka tiruan berkenaan secara dalam talian. 

“Empat pegawai penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya telah menyamar sebagai pembeli dan berhubung dengan penjual sehingga membawa kepada lokasi pembungkusan pelitup muka.

“Operasi telah dijalankan susulan laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar bagi pelitup muka jenama Cross Protection yang mengesyaki barangan berkenaan yang dijual secara dalam talian adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. 

Beliau berkata hasil serbuan telah merampas sebanyak 35 kotak jenama berkenaan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,575. 

Katanya modus operandi suspek ialah dengan membeli pelitup muka tanpa jenama daripada China dan membuat pembungkusan semula. 

Iskandar Halim berkata permohonan reman ke atas suspek berkenaan telah dibenarkan oleh mahkamah bermula hari ini sehingga Jumaat selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya. 

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan