Rabu, 08 Julai 2020
AM
02/07/2020 09:16 PM

BACHOK, 30 Jun -- Kejadian bot terbalik yang mengakibatkan lima terkorban setakat ini, selepas bot dinaiki dibadai ribut kira-kira 10 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin, malam semalam, perlu dijadikan iktibar kepada nelayan rekreasi yang lain.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pengusaha sukan rekreasi air terutama memancing, perlu menitikberatkan segala prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan membabitkan pemakaian jaket keselamatan dan lain-lain.

“Walaupun ada penguatkuasaan yang dilakukan oleh pelbagai agensi keselamatan di laut, namun apa yang lebih penting adalah kesedaran dalam kalangan penggemar sukan rekreasi air ketika melakukan aktiviti.

“Peraturan telah lama ada tapi tidak tahu sama ada mereka ikut atau tidak. Kalau tidak berlaku kemalangan tidak mengapa,” katanya kepada pemberita di Jeti Projek Pemasaran Ikan di Kuala Kemasin di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dibuka di jeti berkenaan sejak malam semalam.

Beliau turut mendengar taklimat mengenai operasi berkenaan yang disampaikan oleh Komander Operasi Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob.

Sebuah bot yang dinaiki 20 pemancing termasuk tekong dan enam awak-awak terbalik selepas bot dinaiki mereka dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Kemasin, di sini, malam semalam.  

Setakat ini, lima mangsa meninggal dunia ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan. Mangsa ialah Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Tiga lagi manga yang belum ditemukan dikenali sebagai Arman Ismail, 43, Harun Daud, 60-an dan Che Wadi Bakar, 40-an.

Dua belas daripada 20 mangsa selamat dalam insiden berkenaan, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan