Rabu, 08 Julai 2020
02/07/2020 09:16 PM

BACHOK, 30 Jun  -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa bot terbalik selepas dibadai ribut pada pukul 8 malam semalam, kira-kira 10 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin di sini, ditangguhkan pada pukul 6 petang ini.

Komander operasi SAR tersebut, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata operasi berkenaan akan disambung semula pada 6 pagi esok.

"Pada hari ini, pencarian membabitkan radius 162 kilometer dan esok, ia akan diperluaskan sekali ganda kepada 324 kilometer persegi pula jika baki tiga mangsa masih belum ditemukan.

"Setakat ini, dua anggota Unit Selam APMM dan dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah menyelongkar bangkai bot malang yang berjaya ditunda ke muara Kemasin pada pukul  6.15 petang tadi dan tiada sebarang petanda menunjukkan masih ada mangsa di dalam bot berkenaan," katanya kepada pemberita di Jeti Projek Pemasaran Ikan di Kuala Kemasin di sini, hari ini.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Tiga lagi manga yang belum ditemukan dikenali sebagai Arman Ismail, 43, Harun Daud, 60-an dan Che Wadi Bakar, 40-an.

Sementara itu, 12 daripada 20 mangsa pula selamat dalam kejadian tersebut, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan