Khamis, 09 Julai 2020
29/06/2020 07:38 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Majlis Belia Malaysia (MBM) memohon kerajaan menimbangkan penyertaan dua wakil belia dalam Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) sesi 2020-2021; seorang daripada MBM dan seorang lagi belia tani.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM Abdul Hafeez Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata MBM kesal kerana tiada wakil belia dalam MPPN seperti yang diumumkan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) sebelum ini.

“Golongan belia wajar diberikan tempat dalam MPPN bagi mewakili suara belia dalam menasihati menteri bagi hal ehwal berkaitan belia dan kementerian. Ia amat berkait rapat dengan masa depan mereka iaitu aspek jaminan makanan,” katanya.

Beliau yang juga Exco MBM berkata perkara ini wajar dan bersesuaian dengan Dasar Belia Malaysia 2015-2035, hal ehwal pembangunan belia merentas kementerian dan jumlah populasi belia Malaysia yang mencecah 14.7 juta.

Jelasnya, golongan belia khususnya golongan tani, mampu memberikan sisi pandangan, aspirasi dan strategi berbeza mengikut perspektif umur mereka bagi mengimbangi pandangan ahli MPPN yang lebih senior dan berpengalaman.

Menurutnya MBM turut menggesa kerajaan lebih serius dalam melibatkan penyertaan golongan belia berkelayakan dan berkemahiran dalam semua platform penasihat, pembuatan dasar dan keputusan di semua peringkat agar suara belia dihargai dan diwakili.

Sementara itu, Presiden MBM Jufitri Joha dalam kenyataan berasingan berkata MBM membantah keras rancangan Israel untuk meluaskan lagi pendudukan di Tebing Barat Palestin.

“Pendudukan wilayah ada pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa, yang dilarang oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“MBM menggesa perhimpunan antarabangsa menentang Israel, sebagai tanda sokongan terhadap Palestin dan berharap rancangan itu dihentikan dengan segera.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan