Rabu, 27 Mei 2020
AM
23/05/2020 05:53 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Polis menafikan dakwaan kononnya tiada sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di seluruh negara pada Hari Raya Aidilfitri esok.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata SJR akan dilaksanakan seperti biasa dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan. 

"Sekatan jalan raya diteruskan di tempat sedia ada dan pemeriksaaan teliti serta kompaun akan dikenakan kepada orang yang cuba rentas negeri.

"Mereka juga akan diarahkan untuk berpatah balik," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa tiada SJR diadakan esok dan orang ramai boleh melakukan perjalanan rentas negeri.

Bernama hari ini melaporkan aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta meningkat sekali ganda menjelang tengah hari berbanding waktu pagi.

Tinjauan yang bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari itu mendapati ramai pemandu diarah untuk berpatah balik kerana tidak mempunyai dokumen yang sah untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata aliran trafik menuju Pantai Timur di Plaza Tol Gombak sedikit perlahan berikutan pelaksanaan SJR bagi mengekang cubaan rentas negeri. 

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 1,613 kenderaan yang cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan