Isnin, 25 Mei 2020
AM
23/05/2020 05:21 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Ibu bapa diingatkan untuk tidak membenarkan anak mereka bermain bunga api atau mercun di kawasan pangsapuri atau kondominium kerana risiko berlaku kebakaran adalah tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata tindakan bermain bunga api serta mercun terutama di balkoni atau koridor rumah adalah tidak digalakkan kerana ia boleh mendatangkan bahaya. 

“Kalau nak main bunga api di rumah flat (pangsapuri) dan sebagainya adalah tidak digalakkan. Walaupun tidak ada laporan berhubung kebakaran yang disebabkan oleh perbuatan itu tetapi kita tidak galakkan.

Kalau nak main pergi ke kawasan terbuka...memang ada tempat lapang untuk anak-anak bermain. Sekarang ni Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jadi dibenarkan di halaman masing-masing," katanya kepada Bernama.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar menggunakan elektrik dengan berhemah semasa musim perayaan Aidilfitri ini kerana penggunaan berlebihan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas. 

"Berhati-hati lah dengan pemasangan dan kegunaan perkakas elektrik sebab semasa tempoh PKPB juga penggunaan adalah amat tinggi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamdan berkata 12,000 anggota JPBM bertugas tahun ini mengikut syif masing-masing sama ada untuk tugasan kecemasan yang biasa atau sebagai barisan hadapan dalam memutuskan penularan rantaian COVID-19. 

 "Kita melaksanakan operasi COVID-19 bersama barisan hadapan dalam tugasan termasuk 'bantuan kemanusian semasa bencana , pemindahan mangsa, proses sanitasi  awam serta pengurusan jenazah. 

"Sejak PKP ini dilaksanakan, jumlah keseluruhan operasi yang kita laksanakan adalah sebanyak 9,084," katanya. 

 -- BERNAMA 

 

 

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan