Isnin, 25 Mei 2020
AM
23/05/2020 12:26 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan melanggar dengan keretanya lima orang awam di perkarangan tapak penjaja di Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.35 petang, apabila suspek mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin sisi keretanya semasa suspek membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Beliau berkata suspek berumur 32 tahun itu mengatakan akan melanggar semua orang awam yang berhampiran di Bukit Sentosa.

“Berikutan itu, suspek mengamuk dan melanggar orang awam di tapak penjaja Persiaran Orkid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arsad berkata ekoran kejadian ini, lima orang awam dikenal pasti mengalami kecederaan iaitu empat lelaki dan seorang wanita berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

“Dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan mengalami kerosakan akibat dilanggar, dan setakat ini juga terdapat lima laporan polis dibuat oleh orang awam iaitu peniaga gerai yang mengalami kecederaan serta kerosakan gerai,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan