Rabu, 27 Mei 2020
AM
22/05/2020 05:26 PM

KOTA BHARU, 22 Mei -- Tidak sampai 24 jam disiarkan di semua platform media sosial rasmi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), drama pendek bertajuk ‘Raya Caro Kito’ (Raya Cara Kita) telah mencecah lebih 60,000 tontonan dan lebih 1,000 perkongsian selepas ditayangkan sejak semalam.

Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata drama terbitan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) itu memberi mesej kepada masyarakat mengenai tanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi arahan kerajaan agar tidak merentas negeri untuk pulang ke kampung pada Hari Raya Aidilfitri selain mengetengahkan situasi normal baharu.

“Perkara yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri telah berlaku apabila negeri ini kembali mencatat satu kes baharu yang membabitkan seorang wanita yang merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung untuk bersalin selepas lebih sebulan negeri ini berada dalam Zon Hijau.

“Drama pendek ini jelas mendidik masyarakat, walaupun tidak pulang ke kampung, namun kita masih boleh meraikan semangat untuk berhari raya dengan cara kita sendiri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Noor Azizi berkata drama ini digerakkan sepenuhnya oleh warga UMK termasuk barisan pelakon, kru penggambaran dan kru penyuntingan selain penampilan istimewa pelakon Echu Pok Ya Cong Codei atau nama sebenar Masuelam Sulaemae sebagai pengiktirafan UMK kepada penggiat seni sepenuh masa itu.

“Drama pendek ini sekaligus menjadi salah satu platform publisiti dan promosi dalam meningkatkan ‘visibility’ UMK kepada masyarakat luar apabila ia turut mendapat perkongsian oleh rakan-rakan dari negara jiran iaitu Thailand,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan