Rabu, 27 Mei 2020
AM
22/05/2020 05:19 PM

TAIPING, 21 Mei -- Sebuah premis menjual jam di sebuah kompleks beli-belah di sini kerugian RM72,047 selepas 116 utas jam tangan pelbagai jenama dilarikan perompak dalam kejadian dipercayai berlaku malam semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata pemilik kedai menyedari kejadian itu kira-kira 10.20 pagi semalam semasa datang untuk membuka kedainya. 

"Hasil pemeriksaan mendapati 44 utas jam tangan berjenama G-Shock, 38 utas jenama Seiko, 28 utas jenama Baby-G dan enam utas jenama Casio telah dilarikan perompak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Osman berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan, insiden berlaku pada malam sebelum kejadian dilaporkan.

"CCTV menunjukkan seorang lelaki memakai jaket hitam dan berseluar kuning cair cuba meloloskan diri melalui satu daripada pintu gedung," katanya.

Osman berkata usaha mengenal pasti suspek masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan