Rabu, 27 Mei 2020
AM
22/05/2020 05:07 PM

SINGAPURA, 22 Mei  -- Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 614 kes jangkitan COVID-19 hari ini, dengan kebanyakannya melibatkan pekerja migran di asrama, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencapai 30,426 kes.

Data tengah hari menunjukkan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan hari ini.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan Khamis, Singapura menklasifikasikan 1,691 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport, dan 27,541 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Sehingga Khamis, kementerian itu berkata sejumlah 12,117 pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu, dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Tiga kluster dikaitkan dengan Natureland East Coast; Wing Fong Court; dan 112, Neythal Road; telah ditutup semalam, menjadikan kini tiada lagi kes yang dikaitkan dengan tempat-tempat ini sejak 28 hari lepas.

Kementerian itu turut mengenal pasti satu kluster baharu di Orange Valley Nursing of Simei Street.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan