Rabu, 27 Mei 2020
AM
22/05/2020 04:53 PM

PUTRAJAYA, 22 Mei -- Rancangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak akan diteruskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan mesyuarat jemaah menteri itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa.

Antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada, dan tahap ketersediaan warga kedua-dua buah universiti itu dalam membentuk satu identiti tersendiri bagi universiti baharu, katanya.

"Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Noraini berkata penggabungan tersebut turut dijangka melibatkan kos yang tinggi.

Beliau berkata kementerian mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan tersebut dan telah meneliti implikasi jika penggabungan itu diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua universiti.

-- BERNAMA

 

TAG: Noraini, UMT, Unisza, penggabungan batal


NSF LES RHM

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan