Rabu, 27 Mei 2020
22/05/2020 04:46 PM

IPOH, 22 Mei  -- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai dalam daerah Kerian yang dibuka sejak Isnin lepas ditutup petang ini, selepas banjir surut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kerian Mohd Sabli Bakri dalam satu kenyataan berkata, kesemua 44 orang daripada 10 keluarga melibatkan penduduk Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai yang ditempatkan di PPS itu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, pusat pemindahan itu ditutup pada pukul 3 petang ini selepas hasil pemantauan pihak sekretriat JPBD Kerian di lokasi banjir mendapati air banjir telah surut sepenuhnya.

Sementara itu, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, tujuh orang daripada empat keluarga di kawasan Parit 3, Kampung Alor Setanggok masih ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.

Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, air Sungai Kerian di Samagagah menunjukkan paras normal iaitu 1.34 meter (m) manakala Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah juga berada di paras normal iaitu 8.88m.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan