Sabtu, 04 April 2020
AM
26/03/2020 11:08 AM

KUALA TERENGGANU, 26 Mac -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu mempergiat rondaan pengawasan di perairan negeri bagi mengelakkan kemasukan nelayan asing yang dikhuatiri membawa kepada penularan wabak COVID-19.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata penguatkuasaan itu dilakukan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan pihak kerajaan bermula 18 Mac hingga 14 April nanti bagi membasmi wabak itu.

"Pada waktu ini, aktiviti perikanan masih dibenarkan, ia merupakan aktiviti di bawah essential service (perkhidmatan penting), namun ia hanya boleh dilakukan oleh nelayan yang mempunyai permit atau lesen daripada Jabatan Perikanan Malaysia sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Tambah beliau, rondaan itu turut dilakukan bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pencerobohan nelayan asing.

Muhammad Suffi berkata pihaknya juga menjalankan rondaan di beberapa kawasan tarikan pelancong dan kawasan yang menjadi tumpuan pemancing di perairan Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga Pulau Tenggol.

"Tinjauan dan rondaan yang dijalankan mendapati lokasi-lokasi itu kini lengang," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, Wan Endok Wan Salleh berkata sepanjang tempoh PKP, pihaknya menjalankan sekatan terhadap kapal persiaran asing dan tempatan daripada memasuki mana-mana pelabuhan di Malaysia bagi membendung penularan virus COVID-19 di negara ini.

"Jeti-jeti di bawah seliaan Jabatan Laut Wilayah Timur, operasi feri dan bot penumpang untuk aktiviti pelancongan juga ditutup sepanjang tempoh PKP," katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan