KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Gamalux Oils Sdn Bhd melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah BrandLaureate 20th Anniversary Special Limited Edition Best Brand 2025 di bawah kategori Sustainable Brand-Pioneer in Renewable Energy & Circular Economy Solutions di Singapura semalam.
Anugerah berkenaan sebagai mengiktiraf usaha dan kejayaan syarikat berkenaan dalam menukarkan sisa minyak sawit kepada sumber tenaga dan bahan mentah bernilai tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Gamalux Oils Usman Ahmed berkata anugerah itu melambangkan komitmen berterusan syarikat itu dalam mempelopori inovasi berteraskan kelestarian.
“Kami percaya bahawa dengan menukar sisa minyak sawit kepada sumber tenaga dan bahan mentah bernilai tinggi, kita bukan saja membantu planet ini tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu, khususnya kerangka ekonomi pusingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kejayaan itu juga meletakkan Gamalux Oils sebagai penanda aras global dalam inovasi berteraskan kelestarian, setiap titik buangan sisa minyak sawit mempunyai potensi untuk menjadi penyelesaian masa depan.
"Kami akan terus melangkah ke hadapan dengan semangat inovasi, kerjasama pintar dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk masa depan lebih hijau," kata Usman.
Anugerah The BrandLaureate adalah antara pengiktirafan tertinggi di rantau ini dalam menghargai kecemerlangan jenama, inovasi, dan kepimpinan dalam aspek kelestarian.
Pada 2016 Sarawak Energy menerima anugerah serupa atas pencapaian dalam inovasi tenaga boleh diperbaharui.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial