Ad Banner
 AM > BERITA

Guardian Malaysia Anjur Kempen 'Skin So Super' Sempena Hari Kesihatan Kulit Sedunia

31/07/2025 05:40 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu negara, guardian Malaysia menganjurkan kempen berskala nasional Skin So Super bermula 2 hingga 29 Julai, sempena sambutan Hari Kesihatan Kulit Sedunia yang bertemakan ‘Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Kulit’. 

Dalam kenyataan hari ini, guardian Malaysia memaklumkan kempen yang bukan sekadar meraikan kulit daripada segi penampilan, tetapi juga memberi penekanan terhadap fungsi, kesihatan dan kesejahteraan kulit itu berlangsung di semua stor guardian seluruh negara dengan kemuncak acara Skin So Super Atrium Experience di Sunway Pyramid pada 26 dan 27 Julai. 

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng berkata kempen Skin So Super dan acara sulung Skin So Super Atrium Experience merupakan tafsiran semula mereka terhadap pendekatan penjagaan kulit dan kesejahteraan diri untuk pelanggan. 

“Apabila kulit kita sihat, kesejahteraan akan menyusul dan sebaliknya. Apabila dalaman kita sihat, keserian terpancar pada kulit,” katanya. 

Beliau berkata selain memberi tumpuan kepada kategori utama penjagaan kulit seperti derma dan sensitif, pencerahan dan pelindungan matahari, peremajaan (antipenuaan) dan jerawat, kempen itu turut disokong pelbagai jenama kesihatan dan kesejahteraan. 

“Kami percaya guardian Malaysia sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu merupakan destinasi pilihan dipercayai untuk memenuhi semua keperluan penjagaan kulit,” katanya. 

Ng berkata pelanggan yang mengunjungi mana-mana stor guardian Malaysia atau hadir ke acara Skin So Super Atrium Experience berpeluang berbincang secara langsung dengan ahli farmasi guardian atau penasihat kecantikan daripada jenama mengambil bahagian tentang kebimbangan atau masalah kulit mereka. 

Pengguna yang lebih suka mengetahui lebih lanjut atau membuat pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga menyediakan halaman kempen interaktif Skin So Super di laman web rasmi. 

Penganjuran kali pertama Skin So Super Atrium Experience antara lain menampilkan reruai jenama, bengkel, demonstrasi secara langsung, sesi perkongsian ilmu berkaitan kesejahteraan dan konsultasi kulit secara peribadi daripada pakar. 

Selain itu, pengunjung juga menikmati diskaun istimewa, promosi belian dengan belian, hadiah dengan belian dan bengkel khas khusus untuk ahli Myguardian Rewards. 

 Pengunjung juga meneroka Zon Kecantikan merangkumi Skin Lab, Acne Zone dan Healthy Aging and Sun Smart Zones serta Zon Kesejahteraan seperti Inner Wellness Zone dan Power Up Zone yang menyediakan pelbagai aktiviti interaktif. 

Dengan penyertaan 100 jenama terkemuka, pengunjung juga berpeluang menimba ilmu, mengetahui dan dan membeli pelbagai produk penjagaan kulit. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan