Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lebih 88 Hektar Kawasan Di Sarawak Alami Kebakaran Terbuka

29/07/2025 03:13 PM

SIBU, 29 Julai (Bernama) -- Kebakaran terbuka masih dilaporkan di empat lokasi di Sarawak melibatkan keluasan lebih 88 hektar, dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri terus bertungkus lumus menjalankan operasi pemadaman.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata kebakaran terbesar membabitkan ladang nenas di Marudi, Bahagian Miri dengan keluasan 80.15 hektar, diikuti bekas tapak pelupusan sampah di Kampung Plaie, Kota Samarahan seluas empat hektar.

Kawasan hutan seluas dua hektar berhampiran Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah dan tapak pelupusan sampah Kampung Jerijih seluas dua hektar di Tanjung Manis turut mengalami kebakaran terbuka.

“Hingga hari ini terdapat empat insiden kebakaran terbuka yang masih berterusan di beberapa lokasi di Sarawak,” katanya.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan di 12 stesen pemantauan di Sarawak hingga 12.40 tengah hari kekal pada tahap sederhana, iaitu antara 53 hingga 74.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan