KUCHING, 21 Julai (Bernama) -- Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun merupakan manifestasi jati diri, semangat perjuangan dan kebanggaan rakyat negeri itu terhadap sejarah, kedaulatan serta warisan.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di Facebook berkata 22 Julai setiap tahun merupakan detik amat signifikan buat seluruh rakyat Sarawak.
Sebagai anak jati Sarawak, Ahli Parlimen Kanowit itu merakamkan rasa bangga melihat negeri berkenaan terus menjadi simbol perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian.
“Saya menyeru kepada semua rakyat khususnya generasi muda agar terus memelihara semangat perpaduan ini. Selamat Menyambut Hari Sarawak!,” katanya.
Sambutan Hari Sarawak 2025 dengan tema ‘Sarawak Maju Makmur’ berlangsung di Miri sejak semalam, dengan pelbagai aktiviti seperti karnival jualan dan pameran, Sarawak Talent, majlis kesyukuran serta dialog awam bersama kepimpinan negeri diadakan, dengan acara kemuncak Perhimpunan Hari Sarawak pada malam esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial