Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SPAN Masih Teliti Dan Belum Muktamad Permohonan Pelarasan Tarif Air

09/07/2025 09:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih meneliti dan belum memuktamadkan permohonan pelarasan tarif air bagi menyemak semula kadar tarif perkhidmatan bekalan air daripada operator perkhidmatan di 10 negeri di bawah seliaannya.

Menurut SPAN, setakat 30 Jun lepas, ia telah menerima permohonan daripada operator perkhidmatan di 10 negeri terlibat merangkumi Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

“Kesemua permohonan berkenaan masih pada peringkat penelitian dan belum dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan terbabit dikeluarkan bagi menjelaskan cadangan pelarasan tarif air di Pulau Pinang yang dibuat Ketua Menteri negeri itu Chow Kon Yeow semalam.

SPAN memaklumkan bahawa suruhanjaya berkenaan akan memastikan bahawa setiap aspek diambil kira sebelum sebarang pertimbangan dilakukan bagi memastikan kesejahteraan 27.2 juta pengguna dan kemampuan operator untuk terus memberikan perkhidmatan.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan