Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Menteri Luar ASEAN, Rakan Dialog Mula Tiba Di Kuala Lumpur Untuk AMM Ke-58

08/07/2025 09:35 PM

SEPANG, 8 Julai (Bernama) -- Menteri-menteri Luar ASEAN serta rakan dialog dan sektoral mula tiba di Kuala Lumpur pada Selasa bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang akan berlangsung minggu ini.

Menteri Luar Indonesia Sugiono mendarat di ibu negara Malaysia pada 11.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Luar dan Komuniti Kebangsaan Luar Negara Algeria Ahmed Attaf tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.30 pagi.

Timbalan Menteri Luar Norway Andreas Motzfeldt Kravik, turut tiba di Terminal 1 KLIA pada 3.30 petang.

Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan pula tiba pada 9.10 malam.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bagi 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Mesyuarat berlangsung dari 8 hingga 11 Julai, menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan yang terdiri daripada menteri luar ASEAN, Timor-Leste, rakan dialog ASEAN, negara anggota Forum Serantau ASEAN (ARF), rakan dialog sektoral dan pegawai kanan Sekretariat ASEAN.

Sebanyak 24 mesyuarat peringkat menteri dijadualkan berlangsung, termasuk sesi bersama rakan dialog ASEAN yang terdiri daripada Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah (EU), India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Selain itu, mesyuarat tiga hala turut dijadualkan membabitkan Malaysia, Sekretariat ASEAN serta rakan dialog sektoral iaitu Brazil, Norway, Switzerland dan Turkiye.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan