Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Laporan Hasil Siasatan Putra Heights Diumumkan Isnin - Amirudin

28/06/2025 12:54 PM

SEKINCHAN,  28 Jun (Bernama) -- Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights, di Subang Jaya akan dibentangkan kepada umum Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata laporan berkenaan telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan makluman diterima daripada jawatankuasa penyiasatan, ia telah sedia untuk dibentangkan pada hari berkenaan. 

"Ia (laporan) telah sedia semalam, tetapi kita tidak boleh bentang kerana semalam cuti umum, jadi lebih baik ia dibuat pada Isnin ini.

"Kita akan buat secara umum, kita akan maklumkan nanti, selepas dah bentang kepada Kabinet kemudian kita akan beri (bentang) pula secara umum … kita ikut proses," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program majlis pelancaran Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini. 

Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan teknikal insiden terbabit selesai pada 26 Jun mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Insiden kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan