Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Remaja Lelaki Lemas Ketika Cuba Ambil Mata Kail Tersangkut

28/06/2025 10:33 AM

JERTIH, 28 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar Tingkatan Empat lemas selepas cuba mengambil mata pancing yang tersangkut di Sungai Kampung Amer di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata mayat Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, ditemukan pada 9.05 malam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian. 

“Sebelum kejadian mangsa memancing bersama abang dan dua rakannya namun mata kailnya tersangkut di tebing seberang sungai dan mangsa berenang untuk melepaskan mata kail tersebut tetapi telah lemas. 

“Abang mangsa cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan