Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Putrajaya Tuan Rumah Mesyuarat Kumpulan Kerja Stastik ASEAN Ke-23 

07/06/2025 07:50 PM

PUTRAJAYA, 7 Jun (Bernama) -- Selaras dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, Mesyuarat ke-23 Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Perkongsian Data, Analisis, Penyebaran, dan Komunikasi Statistik (WGDSA23) akan diadakan pada 10 dan 11 Jun ini di Putrajaya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui hantaran di media sosial hari ini memaklumkan WGDSA23 bertujuan membincangkan, antara lain penambahbaikan dalam perkongsian data, analisis, penyebaran dan komunikasi statistik ASEAN dengan memperkukuh ketersediaan dan kualiti data.

Mesyuarat dua hari itu juga bakal membincangkan pelaksanaan pelan kerja WGDSA serta kerjasama antara Negara-Negara Anggota ASEAN (AMS) dalam melaksanakan ASEAN-Help-ASEAN Framework (AHAF).

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.dosm.gov.my, Facebook DOSM: https://www.facebook.com/StatsMalaysia atau X DOSM: https://twitter.com/StatsMalaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan