Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kota MADANI Tekankan Kemudahan Asas Menyeluruh Demi Rakyat - PM

03/06/2025 06:52 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep Kota MADANI menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.

Anwar berkata sewaktu pembentangan konsep itu hari ini, beliau dimaklumkan bahawa antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.

“Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

”Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata selain itu, reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina serta warisan.

“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan