Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Wartawan Veteran Fauziah Rauf Meninggal Dunia

25/05/2025 10:39 AM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Wartawan veteran yang juga antara pengarang wanita terawal, Fauziah Rauf, 81, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 1 pagi tadi.

Anak bongsu Allahyarham, Firhat Yasir Omar Sudi ketika ditemui dikediamannya di Bandar Baru Selayang di sini berkata ibunya meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Selayang Baru untuk dimandi dan dikafankan serta solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru selepas solat zohor.

Fauziah yang juga Pengasas Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) merupakan penerima Tabung Kasih@Hawana pada 2023.

Allahyarham juga pernah menerima Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan sempena Majlis Anugerah Kewartawanan Industri Perfileman Malaysia (AKIFMA) anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan FINAS pada 2017.

Selain berpengalaman lebih 20 tahun sebagai wartawan di Utusan Malaysia, Allahyarham turut menjadi perintis dan wanita pertama di negara ini yang menerbitkan akhbar seperti Mingguan Famili, Pentas Dunia dan majalah Hawa sekitar 80-an.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan