Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja

11/05/2025 12:12 PM

KOTA KINABALU, 11 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini dengan pesawat khas pada 10.35 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri.

Anwar kemudiannya dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Selepas pertemuan itu, Anwar akan berlepas ke Tawau bagi merasmikan Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 2 petang ini.

Di Tawau Perdana Menteri turut dijadual melakukan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah dan melancarkan Program Solar MADANI pada PMR 2025 peringkat negeri Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei lepas.

Selepas itu Anwar dan Hajiji akan melakukan tinjauan mesra bagi melihat sendiri perkhidmatan disediakan agensi serta jabatan Persekutuan di program berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan