Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penguatkuasaan Pindaan Terbaharu Ordinan Buruh Sarawak Hadiah Hari Pekerja 

01/05/2025 06:37 PM

KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Pindaan terbaharu Ordinan Buruh Sarawak yang berkuat kuasa hari ini menjadi hadiah terbaik kepada pekerja di negeri itu sempena sambutan Hari Pekerja 2025.

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Zaidi Nasar berkata penguatkuasaan pindaan terbaharu dalam ordinan itu juga adalah kejayaan besar selepas menanti selama 20 tahun.

“Kejayaan ini adalah bukti usaha bersama kepimpinan dan kesatuan pekerja dalam memperjuangkan hak pekerja Sarawak.

Ad Banner

“Dengan pindaan ini, sektor tenaga kerja Sarawak kini mampu menikmati manfaat setara dengan rakan-rakan mereka di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 12 Dis tahun lepas, Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 telah diluluskan di Dewan Rakyat.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dilaporkan berkata pindaan yang dilaksanakan itu bakal melindungi hak 1.46 juta pekerja di Sarawak.

Pindaan kepada Ordinan Buruh Sarawak itu dianggap bersejarah selepas kali terakhir dipinda pada 2005.

Antara pindaan utama yang diperkenalkan dalam ordinan itu adalah kenaikan jumlah cuti bersalin kepada 98 hari berbanding 60 hari sebelum ini.

Ia juga melibatkan bayaran kerja lebih masa, cuti paterniti selama tujuh hari, perlindungan lebih baik untuk pekerja kontrak dan hak kesihatan serta keselamatan pekerja.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan