JENAYAH & MAHKAMAH

Nahas Jerantut: Identiti Lima Sekeluarga Dikenal Pasti

07/06/2025 10:28 AM

KUANTAN, 7 Jun (Bernama) -- Identiti lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 7 Jalan Jerantut-Maran tengah malam tadi sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata dalam nahas kira-kira 12 tengah malam itu, mereka yang maut ialah pemandu kereta Mohamad Ikmal Ishak, 26, yang beralamat di Ulu Kinta, Perak, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23.

Turut terkorban ialah adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, kesemua mereka beralamat di Bota, Perak. 

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke bandar Jerantut berlanggar dengan Perodua Bezza yang membuat pusingan U di persimpangan secara mengejut.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zukri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan