JENAYAH & MAHKAMAH

Jurutera Rugi Lebih RM1.5 Juta Terperdaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

06/06/2025 09:21 PM

BUKIT MERTAJAM, 6 Jun (Bernama) -- Seorang jurutera yang bekerja di negara Timur Tengah kerugian lebih RM1.5 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menerima aduan daripada lelaki tempatan berusia 40 tahun itu semalam.

“Menurut mangsa, dia berkenalan dengan seorang wanita melalui telefon pada November tahun lepas dan sejak itu mereka menjalin hubungan cinta sebelum suspek mengajaknya menyertai pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Mangsa berminat untuk melabur dan diberikan nombor perkhidmatan pelanggan serta pautan laman web pelaburan itu untuk mendaftar, seterusnya mangsa melabur RM90,510 dan menerima keuntungan RM108,611,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hamzah berkata mangsa yang yakin dengan pelaburan itu melakukan 103 transaksi ke 31 akaun berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM1,532,563 sejak 2 Dis hingga 8 Mac lepas, namun hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan RM4,131,671 melalui aplikasi berkenaan.

Beliau memaklumkan mangsa juga diminta untuk membuat tambahan modal bagi membolehkan mengeluarkan keuntungan yang diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan