JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Enam Tahun Cedera Dilanggar Kereta Ketika Melintas Jalan

05/12/2024 12:07 PM

JOHOR BAHRU, 5 Dis (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Susur Larkin Perdana 2 di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku pada pukul 8 malam semasa kanak-kanak itu yang bersama bapa saudaranya, melintas jalan.

“Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian tulang belikat kanan serta luka-luka di bahagian muka, dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu kereta disyaki melarikan diri selepas kejadian, dan kes disiasat mengikut Peraturan 41 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu pejalan kaki cuai melintas jalan.

Raub berkata rakaman video kejadian turut tular di media sosial dan beliau memohon agar saksi kejadian tampil memberi keterangan di Balai Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim dengan menelefon 018-9614064.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan