JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Lemas Terjatuh Rumah Bot Di Tasik Temenggor

24/01/2024 08:43 AM

lPOH, 24 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari rumah bot di Tasik Temenggor dekat Gerik, dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Muhamad Zulfaqar Zulkarnaen, 33, ditemukan lemas kira-kira 11.25 malam tadi.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang dan tiba di lokasi pada 7.56 malam.

"Mangsa yang merupakan anak kepada seorang anggota bomba di Gerik dilaporkan terjatuh dari rumah bot kecil semasa mahu menambat tali sauh di tasik berkenaan.

"Sebanyak 31 orang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada bomba, polis, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam dengan kekuatan logistik menggunakan tujuh buah bot," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.30 tengah malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan