DUNIA

Oic, Pm Jepun Bincang Situasi Dunia Islam, Kerjasama Dua Hala

17/07/2023 01:16 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Mesyuarat itu membincangkan situasi di dunia Islam dan isu-isu dalam agenda OIC, terutama mengenai Palestin, perjuangan menentang ekstremisme dan keganasan, keadaan di Afghanistan, wilayah Sahel dan memerangi Islamofobia, kata OIC dalam satu kenyataan pada Ahad (16 Julai).

Kedua-dua pihak juga membincangkan prospek kerjasama antara Jepun dan badan dunia yang dianggotai 57 ahli itu dalam pelbagai bidang serta usaha untuk mengukuhkannya.

Setiausaha Agung itu memuji hubungan baik antara OIC dan Jepun selain menyatakan penghargaannya atas peranan aktif Jepun dalam memastikan keamanan mampan, dialog antara tamadun dan pembangunan di dunia.

Menurut laporan antarabangsa, Kishida tiba di Arab Saudi pada Ahad sempena lawatannya ke Timur Tengah selama tiga hari bagi meningkatkan hubungan dua hala dengan Jepun dan beberapa negara di rantau itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan