IPOH, 14 Julai (Bernama) -- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN Perak merampas produk pencuci pinggan berjenama yang disyaki tiruan dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Perpaduan, di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, berkata dalam serbuan tersebut pihaknya merampas 8,419 botol berisi cecair pencuci pinggan berjenama tiruan, 6,000 liter sabun atau cecair di dalam tangki, 5,200 botol kosong dan kotak yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah.
“Kesemua barangan tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah sebanyak RM41,993,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata ketika serbuan, dua pekerja tempatan sedang asyik memproses produk tiruan tersebut. dan serbuan itu adalah hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan pasukan perisikan KPDN Perak selama seminggu.
Katanya, hasil maklumat awal mendapati kilang itu telah beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan berupaya membuat pengeluaran produk berjenama itu dengan anggaran 1, 000 botol sehari dan dipasarkan kepada peruncit di sekitar negeri Perak dengan harga RM3 sebotol.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial