KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Mohamad Farouk Eshak yang dinaikkan pangkat sebagai SAC dan memegang jawatan Ketua Penolong D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Mohd Azam daripada Supt sehingga dinaikkan pangkat kepada ACP.
"Jawatan yang diterima ini akan hadir dengan tugas dan tanggungjawab lebih besar dan saya yakin beliau dapat melaksanakan tugas demi memenuhi misi dan visi pasukan polis,” kata Sasikala ketika berucap dalam majlis serah terima tugas berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial