AM

Siaran Langsung Acara Sukan Sea Kemboja Di Rtm

05/05/2023 09:22 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan acara Sukan SEA ke-32 di Kemboja secara langsung bermula hari ini hingga 17 Mei di saluran Okey dan Sukan RTM.

Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 43 siaran langsung akan disiarkan melalui saluran Okey dan Sukan RTM dengan purata enam jam dalam tiga sesi.

“Sesi pagi, laporan harian pagi bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi petang, laporan harian petang pukul 2 hingga 5 petang dan sesi malam, melalui sorotan harian bermula pukul 10 hingga 11 malam.

“RTM turut menyiarkan sebanyak 11 siaran ulangan untuk sorotan harian pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di saluran Sukan RTM,” menurut kenyataan itu.

 Selain itu, RTM sebagai penyiar tunggal Sukan SEA ke-32, turut menyiarkan siaran langsung acara perasmian pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini menerusi saluran Okey, Sukan RTM dan penstriman di RTMKlik dan penutup pada 17 Mei nanti.

 Seramai 17 orang petugas RTM kini berada di Phnom Penh bagi memberikan liputan terbaik Sukan SEA Kemboja 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada semua peminat sukan tanah air.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan