AM

Anwar ucap tahniah pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri baharu China

12/03/2023 08:25 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Li Qiang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri China ke-8.

Anwar berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan kepimpinan China untuk meneroka bidang kerjasama baharu memandangkan kedua-dua negara akan memperingati ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif Malaysia-China tahun ini.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada H.E Li Qiang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8 Republik Rakyat China.

“Malaysia kekal komited ke arah mengukuhkan hubungan sejarah yang telah lama terjalin dengan China,” ciapnya di Twitter.

Agensi berita China Xinhua melaporkan Li, 63, disahkan sebagai Perdana Menteri China pagi Sabtu, selepas dicalonkan oleh Presiden Xi Jinping.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan