KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang malam ini.
Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.33 malam.
“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan yang sedang bertugas di pondok tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata anggota APM berjaya menangkap ular seberat 800 gram dengan panjang kira-kira satu meter itu dengan menggunakan peralatan khas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial