PUTRAJAYA, 16 Feb (Bernama) -- Frasa 'Malaysia Madani' kini digunakan dalam urusan penyediaan surat kerajaan.
Perkara berkenaan dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Zulkapli Mohamed dalam satu surat edaran bertarikh 15 Feb 2023.
Surat tersebut adalah untuk perhatian semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun persekutuan, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.
Frasa baharu ‘MALAYSIA MADANI’ itu ditambah sebelum frasa ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ dalam semua surat rasmi kerajaan bagi menyebarluaskan agenda Malaysia Madani dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan, katanya.
"Arahan ini berkuat kuasa serta merta," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial