DOHA, 9 Dis (Bernama) -- Harga jersi pasukan Jerman dan Belgium menjunam di Doha berikutan prestasi buruk pasukan itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor Xinhua.
Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.
Bagi sesetengah pasukan kegemaran yang kekal di Qatar, jersi pasukan itu habis dijual, namun kit untuk beberapa pasukan yang tewas didapati tidak laku.
Di pusat beli-belah di Doha, jersi England, Argentina dan Portugal yang melangkah ke suku akhir, paling dicari, tetapi jersi Jerman dan Belgium yang gagal memenuhi jangkaan, terpaksa dijual pada harga diskaun.
Harga jersi tulen Jerman yang mengalami penyingkiran mengejut pada peringkat kumpulan, menjunam daripada 670 riyal Qatar (kira-kira US$184) kepada 329 riyal Qatar (kira-kira US$90.3), manakala jersi Belgium yang asalnya berharga 430 riyal Qatar, turun hampir 50 peratus.
Selain itu, harga jersi Sepanyol dan Jepun juga mengalami penurunan.
“Kami menyediakan sejumlah besar jersi kegemaran ramai untuk peminat, namun penyingkiran mereka yang tidak dijangka menyukarkan kami untuk menghabiskan stok dan terpaksa memberi diskaun,” kata seorang jurujual.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial