GUA MUSANG, 19 Ogos (Bernama) -- Dua rumah kongsi didiami pekerja warga asing dan sebuah kantin pekerja musnah dalam kebakaran di kilang kayu di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.57 malam dan 13 anggota bersama tiga jentera digegaskan ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai bomba berkenaan.
“Selain dua rumah kongsi dan kantin pekerja yang terbakar 90 peratus itu, kejadian turut menyebabkan dua motosikal turut hangus dijilat api.
“Kebakaran tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.07 pagi tadi. Punca dan anggaran kerugian sedang disiasat,” katanya.
Sementara itu, pengusaha kantin berkenaan, Rosuhaizi Zakaria, 51, berkata beliau terdengar bunyi percikan api ketika sedang tidur lalu mengejutkan lima ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri.
Katanya kebakaran dipercayai bermula dari dua rumah kongsi berkenaan dan api marak dengan cepat memandangkan struktur rumah tersebut berasaskan kayu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial