AM

Persidangan DUN Sabah tolak usul bahas tuntutan waris Kesultanan Sulu

18/07/2022 04:19 PM

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Usul untuk membahaskan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) ditolak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata usul itu ditolak berdasarkan Peraturan 23(2) yang mengkehendaki permohonan membawa mana-mana usul perlu dibuat dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya persidangan itu.

"Jadi sebabkan usul hanya dikemukakan pada 11.25 pagi tadi, maka masa 24 jam tidak dipenuhi menurut Peraturan 23(2), maka usul ditolak," katanya pada persidangan itu hari ini.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna kemudian bangun memohon usul itu dibahas pada mana-mana hari persidangan itu yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini kerana ia melibatkan isu penting kedaulatan Sabah.

"Tidak semestinya dibahaskan sekarang hari ini mungkin penghujung Khamis, sudah 65 tahun isu ini menghantui kita, saya bukan mengiktiraf Sultan Sulu tetapi ini kita ada undang-undang dan saya juga akan bawa ke Parlimen minggu depan," katanya.

Bagaimanapun, Kadzim kemudian menasihatkan Mohd Shafie untuk membawa usul itu ke Parlimen kerana ia melibatkan persekutuan dan isu itu harus ditangani Kerajaan Persekutuan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan