DUNIA

Pertandingan Kuiz ASEAN untuk generasi muda

13/06/2022 04:30 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung selama sebulan bermula 1 Jun ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia terutama generasi muda tentang aspek kebudayaan, sosiopolitik, sosioekonomi dan sukan di rantau ASEAN.

Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan (JaPen), Datuk Sivabalan Ethirmanasingham berkata, pertandingan dwitahunan secara dalam talian anjuran JaPen itu merupakan program utama di bawah Kalendar ASEAN-COCI (Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat) dan telah memasuki edisi kesepuluh penganjurannya pada tahun ini. 

“Pertandingan itu dianjurkan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat di samping menguji pengetahuan mereka tentang ASEAN menerusi bacaan,” katanya selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 30 Jun dibahagikan kepada dua kategori iaitu murid sekolah berumur 15 hingga 17 tahun dan kategori terbuka bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Ia menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM19,000.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.penerangan.gov.my serta Facebook IRDivision & ASEAN Quiz Malaysia.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan